Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekalkan tradisi proses pembuatan kopi

    TAIPING, MALAYSIA – Seorang pekerja menuangkan biji kopi panggang ke dalam cerek berisi gula cair yang menggelegak ketika mesin ‘legend’ itu mencampurkan bahan-bahan ke dalam campuran hitam melekit di atas kayu api.

    Kilang Antong, yang dipercayai merupakan kilang tertua di Malaysia, telah menggunakan kaedah yang sama untuk menghasilkan kopi yang popular selama hampir sembilan dekad.

    “Saya ingin generasi muda mengetahui seperti apa kilang kopi 50 atau 100 tahun yang lalu,” kata Thian Boon Chung, bos kilang kecil di bandar Taiping di Malaysia, kepada media.

    “Saya mahu mereka menghargai cara lama membuat kopi.”

    Kilang itu dibina oleh datuk Thian dan dua yang lain pada tahun 1933 yang merupakan sebuah bangunan kayu kecil yang beratap zink. Ia menempatkan mesin untuk memanggang kopi, mengeluarkan sekam dari biji kopi dan mencampurkannya dengan gula. Sebilangan besar alat itu asli, bermula dari saat kilang mula beroperasi, walaupun motornya telah diganti.

    Kelihatan seorang pekerja (kiri) menuang kopi ke dalam tin untuk dijual di Kilang Kopi Antong di Taiping, Perak. – AFP
    Kelihatan pelanggan melihat beberapa produk kopi di kedai Kopi Antong. – AFP
    Seorang pekerja melakukan proses menyejukkan kopi. – AFP

    Pekerja kilang menggunakan kayu yang dikumpulkan dari projek pembinaan dan rumah terbengkalai untuk memanggang biji kopi, memberikan rasa asap yang khas.

    Thian mengatakan kopinya yang dipanggang menggunakan kayu rasanya lebih enak daripada yang lain.

    “Ia mempunyai ‘kekuatan’ dalam rasanya yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Setelah biji kopi dicampur dengan gula, ia dikeringkan dan dihancurkan menjadi serbuk kasar sebelum dibungkus dan dijual ke restoran dan pelanggan lain.

    Kilang ini dapat menghasilkan hingga 2,000 kilogram (4,400 paun) produk kopi sehari, dengan separuh biji bersumber di Malaysia dan selebihnya diimport.

    Jenis kopi manis yang dihasilkan di kilang telah lama terkenal di Malaysia, di mana banyak yang suka minuman bergula, dan biasanya disajikan di restoran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda