Monday, January 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekasih anak Nikita Mirzani ungkit pengorbanan jaga Lolly

    Kekasih anak selebriti sensasi, Nikita Mirzani iaitu Vadel Badjideh bertindak emosi apabila membicarakan tentang pengorbanan yang dilakukan terhadap Laura Meizani atau lebih dikenali sebagai Lolly.

    Suara melaporkan, Vadel mendesak untuk bertemu dengan Nikita kerana mahu menjelaskan semua salah faham yang berlaku.

    Kata Vadel, Nikita hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak iaitu individu yang berniat jahat terhadap Lolly.

    Tambahnya lagi, dia juga banyak berkorban demi menjaga Lolly sejak kekasihnya itu menetap di luar negara.

    “Saya mahu ingatkan kepada ibu Lolly (Nikita). Dari Lolly tinggal di United Kingdom, saya yang selalu buat panggilan video dan lihat keadaan dia. Awak (Nikita) di mana?

    Vadel banyak melakukan pengorbanan semata-mata untuk menjaga Lolly (kanan). – mStar

    “Saya banyak habiskan masa dengan dia semata-mata mahu menjaganya,” katanya.

    Dalam pada itu, Vadel turut memberitahu dia belum berhubung atau bertemu dengan Lolly sejak kekasihnya itu dijemput secara paksa oleh Nikita.

    Vadel mahu Lolly tampil ke hadapan sekiranya dia benar-benar menjadi mangsa terhadap dakwaan yang dibuat sebelum ini.

    “Saya masih belum bertemu dengan Lolly. Kalau boleh saya mahu mencari cara untuk dapat berkomunikasi dengannya.

    “Ingat, saya dilaporkan ke pihak polis kerana dianggap sebagai suspek. Saya minta Lolly untuk munculkan diri kalau memang dia adalah mangsa sebenar,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda