Kekasih pelakon Jennifer Garner kurang senang apabila bekas suaminya iaitu Ben Affleck kini bergelar ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka.
Usahawan John Miller tidak selesa dengan Ben yang terlalu kerap berhubungan atau berjumpa dengan Jennifer meskipun faham mereka mempunyai anak bersama.
Kemunculan Ben dalam hidup mereka bertambah kerap apabila aktor itu berpisah dengan isterinya iaitu penyanyi Jennifer Lopez sejak Ogos tahun lalu.
“John menyokong dan memahami situasi di antara Jennifer dan Ben. Bagaimanapun John mula rimas dengan Ben dan menganggapnya orang ketiga dalam hubungan mereka,” katanya sumber pasangan tersebut.
Terbaharu Ben dan Jennifer dilihat menghabiskan masa bersama bagi meraikan Hari Krismas bersama keluarga.
Tidak hanya itu, Ben sering menelefon dan menghantar mesej kepada Jennifer bertanya pelbagai hal termasuk tentang anak-anak mereka.
Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 17, Seraphina, 14, dan Samuel yang kini berusia 11 tahun.
Pada 2022, Ben berkahwin dengan Jennifer atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini pernah bertunang pada 2002 namun membatalkan perkahwinan mereka pada tahun berikutnya.
Ia merupakan perkahwinan keempat Jennifer dan kedua buat Ben.
Pada Ogos lalu, Jennifer mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Ben selepas dua tahun berkahwin. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/01/1-Ben_f.jpg)