Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekasih Selena Gomez letak sos keju dalam tab mandi

    Kisah percintaan penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco kerap kali mengundang rasa kurang senang warganet.

    Terbaharu, Benny, 36, sekali lagi mendapat kecaman warganet apabila melakukan kejutan buat Selena bersempena Hari Kekasih pada 14 Februari.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Benny dilihat menyusun kepingan nachos di atas lantai bilik tidur menuju ke bilik air bersama luahan cinta terhadap Selena.

    Memetik mStar, kejutan itu tidak terhenti di situ apabila Benny turut mengisi pencicah nachos iaitu sos keju di dalam tab mandi.

    Benny juga menyediakan semangkuk nachos untuk dicicah bersama sos keju tersebut.

    Peminat ternanti reaksi Selena selepas melihat kejutan berkenaan. – mStar

    Malah tanpa ragu Benny turut mencelup nachos ke dalam sos keju tersebut sebelum memakannya dengan penuh berselera.

    Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata loya dengan sikap pengotor Benny.

    “Pengotor! Tak terbayang kalau ada kotoran tersekat di tab mandi itu.

    “Malang siapa yang akan membersihkan tab tersebut!,” antara komen warganet.

    Pada Disember 2024, Benny dan Selena akhirnya bertunang selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda