Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kekasih Tamara Tyasmara ditahan

    Teman lelaki kepada pelakon Tamara Tyasmara didakwa menjadi dalang kes kematian anaknya pada 27 Januari lalu.

    Menurut mStar, Ketua Polis Metro Jaya, Wira Satya Triputri dalam satu kenyataan memberitahu kanak-kanak malang tersebut iaitu Dante bukan meninggal dunia disebabkan lemas sebaliknya mukanya dibenam dalam kolam renang oleh suspek.

    Wira memberitahu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan Dante yang sedang duduk di tepi kolam renang ditarik oleh suspek iaitu Yudha Arfandi sebelum kepalanya dibenamkan dalam air sebanyak 12 kali.

    “Hasil analisis rakaman CCTV sepanjang dua jam satu minit, pada minit ke-30 dapat dilihat kanak-kanak itu sedang berehat di tepi kolam renang sebelum kepalanya dibenamkan di dalam air.

    “Kali ke-12 kepalanya dibenamkan oleh suspek adalah selama 54 saat,” katanya.

    Susulan bukti berkenaan, Yudha ditahan dan akan didakwa sebagai pembunuh anak pelakon popular Indonesia berkenaan.

    Pada 27 Januari lalu, Dante atau Andante Pramuditya dilaporkan meninggal dunia selepas lemas di sebuah kolam renang awam. Bagaimanapun, pada 6 Februari lalu, kubur Dante terpaksa digali semula selepas pihak polis mendapati terdapat unsur jenayah yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak tersebut.

    Dante merupakan anak tunggal Tamara hasil perkahwinannya bersama pemuzik Angger Dimas. – Agensi

    Tamara sedih kehilangan anak tersayang. – Okezone Celebrity
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...