Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditambah

    KUCHING, 8 APRIL – Kekerapan penerbangan ke destinasi utama di Sarawak ditingkatkan ke 615 penerbangan setiap minggu berbanding 576 penerbangan sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan Negeri,Datuk Seri Lee Kim Shin.

    Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu susulan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Rabu lepas.

    “Kami percaya bahawa peningkatan kekerapan penerbangan ini akan mewujudkan pilihan dan ketersediaan penerbangan, pengurangan harga tambang dan akan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak.

    “Kami menjangkakan akan ada momentum besar dalam pergerakan orang beberapa bulan akan datang kerana ramai yang ingin mengembara selain sempadan negara lain turut dibuka dan perubahan ke Fasa Peralihan ke Endemik,” katanya.

    Lee berkata walaupun sempadan negeri dibuka, penumpang dan pengembara diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat.

    “Kita tidak boleh selesa, terutamanya dalam fasa peralihan ini, dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negeri ini,” katanya.

    Sementara itu, Lee berkata sebelum pandemik COVID-19, jumlah pengunjung ke Sarawak sejak 2010 meningkat daripada 3,270,655 kepada 4,662,419 orang pada 2019.

    Bagaimanapun, disebabkan impak pandemik itu, jumlah pengunjung menurun kepada 1,199,872 pada 2020 dan terus berkurang kepada hanya 235,245 pelancong pada 
    2021, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda