DOHA, 12 DIS – Penyerang Croatia, Bruno Petkovic berkata kekuatan mental pasukannya telah mendorong mereka memenangi sepakan penalti sebanyak dua kali dalam aksi Piala Dunia, yang berkait rapat dengan sejarah silam mereka bergelut untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
Petkovic menjaringkan gol penyamaan untuk membatalkan gol permulaan Neymar untuk Brazil semasa aksi suku akhir, sebelum skuad kendalian Zlatko Dalic itu bertahan untuk menang dalam sepakan penalti.
Mereka juga menewaskan Jepun dengan sepakan penalti semasa aksi 16 terakhir.
Ia adalah corak permainan yang sama untuk skuad kendalian Dalic, yang pernah mara ke final empat tahun lepas melalui tiga kemenangan semasa masa tambahan dalam peringkat kalah mati.
“Saya rasa salah satu penyebab (kepada mentaliti ini), ialah kami merupakan sebuah negara yang kecil.
“Walaupun sebagai pemain, kami masih muda, namun kami tahu bagaimana negara kami mendapat kemerdekaan pada tahun 1990an.
“Kami belajar melalui ibu bapa kami. Kami belajar untuk berlawan, bekerja keras dan awda tidak akan ke mana-mana tanpa kualiti itu,” tambahnya. – AFP


