Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekurangan antibiotik kanak-kanak di Jerman membimbangkan

    BERLIN, 5 MEI – Kesukaran mendapatkan antibiotik, khususnya untuk kanak-kanak, adalah “sesuatu yang membimbangkan,” kata ketua persatuan hospital DKG Jerman, Gerald Gaß kepada agensi berita Redaktionsnetzwerk Deutschland (RND) pada Jumaat, lapor dpa.

    Hospital pada masa ini dapat mengatasi kekurangan bekalan, tetapi ia tidak dapat menampung keperluan dalam jangka masa panjang, katanya.

    Farmasi Jerman berdepan kesukaran mendapatkan antibiotik untuk kanak-kanak, manakala ketua persatuan ahli farmasi serantau Thomas Preis pada Rabu meminta supaya rizab antibiotik kebangsaan ditubuhkan.

    Sesetengah negeri di Jerman telah melonggarkan peraturan mengenai antibiotik untuk kanak-kanak dengan membenarkan antibiotik diimport dari luar negara.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa perundangan bagi simpanan ubat-ubatan tertentu untuk memastikan jaminan stok selama beberapa bulan masih belum diluluskan di peringkat persekutuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda