Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekurangan bekalan telur di AS berlanjutan

    WASHINGTON, 12 FEB – Kekurangan bekalan telur di Amerika Syarikat (AS) terus berlanjutan dengan harga kekal tinggi, tanpa sebarang tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat, lapor Xinhua.

    Masalah ini menjejaskan beberapa rangkaian pasar raya utama, didorong wabak selesema burung terbesar dalam tempoh 10 tahun.

    Wabak itu memaksa petani memusnahkan berjuta-juta ayam, sekali gus menyebabkan harga telur di AS meningkat dua kali ganda sejak 2023.

    Jabatan Pertanian AS meramalkan harga telur akan melonjak sebanyak 20 peratus tahun ini.

    Pakar ekonomi di Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Dasar, Dean Baker memberitahu Xinhua bahawa harga telur melonjak dengan ketara dan tidak dapat dipastikan sama ada trend itu akan berterusan.

    Menurut data rasmi, harga purata belasan telur gred A bersaiz besar adalah AS$4.15 pada Disember 2024, meningkat 14 peratus berbanding AS$3.65 pada November. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda