SHAH ALAM – Kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat kemalangan semasa kecil tidak langsung membantut usaha graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Fazalina Latif, 34, untuk memperoleh segulung ijazah. Penerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu berkata, sebagai ibu kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun, memikul tanggungjawab sebagai penuntut, penjawat awam,