Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kekurangan cip semikonduktor dijangka berterusan

    KUALA LUMPUR, 10 JAN – Moody’s Analytics mengunjur kekurangan cip semikonduktor global akan berterusan tahun ini di tengah-tengah lonjakan kes COVID-19 di seluruh dunia, namun keadaan tidak dijangka buruk seperti tahun-tahun sebelum ini.

    Ahli Ekonomi Kanan Moody’s Analytics, Tim Uy berkata lonjakan kes COVID-19 akibat penularan varian Omicron dijangka membawa kesan sederhana ke atas rantaian bekalan cip semikonduktor.

    Beliau berkata kadar vaksinasi tinggi di negara-negara pengeluar cip utama di seluruh dunia berbanding kadar yang rendah semasa penularan varian Delta pada pertengahan 2021, boleh mengurangkan impak Omicron COVID-19 ke atas kekurangan cip semikonduktor.

    “Keadaan sangat buruk semasa penularan varian Delta pada pertengahan 2021 yang melanda Malaysia, Vietnam, Taiwan, Korea dan Jepun, negara-negara utama dalam rantaian bekalan semikonduktor. Pada masa itu kurang daripada separuh penduduk di negara terbabit menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan hanya satu perempat telah melengkapi vaksin.

    “Ini bermakna lonjakan kes membawa kepada penghentian sementara pengeluaran yang menyebabkan gangguan kepada keseluruhan rantauan – sebagai contoh penutupan kilang di Malaysia telah menjejaskan pengeluaran di Jepun,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

    Uy berkata syarikat-syarikat juga telah belajar cara bagaimana untuk mengurangkan gangguan bekalan-rantaian dengan meningkatkan inventori dan mencari penyumberan alternatif.

    Menurutnya, kekangan jangka panjang untuk meningkatkan bekalan bagi industri cip masih berlaku, membayangkan bekalan terhad pada tahun mendatang. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...