Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekurangan kunyit akibat pandemik isu besar di Sri Lanka

    COLOMBO – Sekatan import di Sri Lanka yang kesempitan wang memberikan kesan kepada pencinta-pencinta karinya, membuatkan mereka kekurangan bekalan kunyit, bahan penting dalam masakan itu dan menggalakkan penyeludupan masuk rempah-ratus itu.

    Dengan kemasukan aliran wang asing tersekat akibat kesan COVID-19 je atas industri pelancongannya, kerajaan telah mengenakan sekatan import pada bulan Mac untuk menghalang wang keluar dari negara itu, agar mereka dapat membayar sejumlah AS$4.5 bilion hutang antarabangsanya tahun ini.

    Kereta, jubin lantai dan bahagian-bahagian mesin adalah antara barangan yang ditegah namun sekatan terhadap kunyitlah yang membuatkan penduduk pulau yang terletak di Lautan India itu berasa marah.

    Akar tumbuhan aromatik tersebut merupakan bahan penting bagi masakan kari dan masakan-masakan tempatan lainnya serta permintaannya semakin meningkat kerana khasiatnya sebagai suplemen kesihatan.

    Tetapi hanya satu perlima daripada 7,500 tan kunyit yang digunakan di Sri Lanka setiap tahun adalah daripada hasil tempatan.

    Barisan kereta-kereta untuk dijual yang dipamerkan di sebuah kedai kereta di Colombo. – AFP
    Para petugas memunggah kenderaan-kenderaan yang diseludup masuk di sebuah gudang di Colombo. – AFP
    Pegawai-pegawai kastam sedang memeriksa kunyit yang diseludup masuk ke Sri Lanka di sebuah gudang di Colombo. – AFP

    Semenjak pandemik, permintaan semakin meningkat sehingga harganya mencecah 20 kali ganda, 9,000 rupee (AS$48) sekilogram, bersamaan dengan gaji seminggu bagi kebanyakan pekerja-pekerja Sri Lanka.

    “Kari yang kami masak di rumah sudah tidak sama lagi semenjak pandemik,” kata petugas kesihatan Prarthana Weerasinghe, yang mendakwa bahawa kebanyakan yang ada di pasaran kini sudah “tidak tulen.”

    “Kami tidak pernah menyangka kunyit akan menjadi isu besar. Kami tidak menghargainya sebelum ini. Sekarang, kami tidak mampu menggunakannya dalam masakan harian kami.”

    Ejen-ejen kastam baru-baru ini telah menemukan sebanyak 25 tan rempah ratus yang diseludup ke dalam negara itu dari India di dalam kontena-kontena yang bertanda “bawang”, sementara peronda tentera laut juga telah merampas beberapa tan lagi daripada nelayan India.

    Orang-orang yang memerlukan kunyit hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa apabila pegawai-pegawai kerajaan membakar kunyit yang dirampas di tapak pembakaran, yang mendakwa mereka tidak mahu ia membanjiri pasaran dan menjejaskan harganya.

    Kerajaan berkata mereka mahu mempromosikan hasil tempatan, berbanding import yang lebih murah, kerana ratusan ribu orang telah kehilangan pekerjaan mereka dan ekonomi negara mencatatkan pengecutan paling teruk dalam sejarah, iaitu 3.9 peratus pada tahun lalu.

    Situasi semakin teruk

    Sekatan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa ke atas barangan-barangan “tidak penting” juga telah menyaksikan kenaikan harga barangan lain, termasuk tayar kereta, jubin lantai malahan mangkuk tandas.

    “Tiada tayar jenama asing yang tersedia untuk kereta-kereta kecil,” kata pengedar di Colombo. “Mereka yang mempunyai stok telah menaikkan harganya.”

    Kasun Chaminda berkata dia telah kehilangan pelanggan-pelanggan tetap teksinya kerana dia tidak dapat membeli tayar-tayar baharu.

    “Apabila mereka sedar yang saya tidak dapat menggantikan tayar-tayar yang botak, mereka membatalkan sewa mereka. Ia sangat bahaya untuk memandu dengan tayar botak, tetapi saya tidak mempunyai pilihan.”

    Dengan ketiadaan saingan barang import, harga-harga jubin tempatan dan pembuat-pembuat barangan tandas telah meningkat lima kali ganda dalam masa kurang dari enam bulan – menjadikan bursa saham Colombo yang kecil itu sangat menyerlah ketika krisis ekonomi ini.

    Dan dengan bank-bank menghalang daripada mengeluarkan wang untuk perbelanjaan import kereta semenjak Mac, pasaran kereta terpakai juga turut meningkat, dengan harga kenderaan-kenderaan terpakai hampir mencecah dua kali ganda.

    Kereta-kereta yang dikilangkan secara tempatan, yang selama ini dilihat sebagai kurang berkualiti, juga telah meningkat permintaannya.

    Terdapat juga orang-orang yang masih mahu mendapatkan kenderaan luar secara licik – pihak kastam telah merampas 12 buah kereta seludup yang disembunyikan di dalam kontena bulan lalu – dokumen-dokumen yang dipalsukan menyatakan bahawa kontena-kontena tersebut adalah untuk misi diplomatik.

    Amaran EU

    Dan sepertinya keadaan tidak akan menjadi semakin baik dalam jangka masa terdekat ini. Sekatan yang dikenakan selama tiga bulan pada awalnya kini telah dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya pada penghujung 2021, dan rakan-rakan perdagangan Sri Lanka telah memberikan amaran akan kemungkinan berlakunya tindak balas.

    Kesatuan Eropah (EU), pasaran eksport kedua terbesar Colombo setelah Amerika Syarikat, berkata ia mungkin akan melaporkan negara tersebut kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

    Walau bagaimanapun ketua pengkaji ekonomi di Bank Pusat, Chandranath Amarasekara memberitahu wartawan Jumaat lalu bahawa ia adalah berbaloi untuk mengambil risiko tindak balas perdagangan berbanding kerugian pertukaran mata wang asing untuk menampung perbelanjaan import dan menangguhkan pembayaran hutang.

    Gabenor Bank Pusat W.D.Lakshman berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan sumber-sumber asing yang dirahsiakan untuk meningkatkan antara AS$4 bilion dan AS$5 bilion yang diperlukan untuk membayar hutang tahun ini.

    Sekatan import telah menyebabkan penurunan sebanyak 20 peratus dalam jumlah import pada 11 bulan pertama tahun lalu, namun ia telah meredakan krisis mata wang Sri Lanka dan menstabilkan rupee, yang jatuh berbanding dolar tahun lalu tatkala rizab berkurangan.

    Namun begitu, penganalisis ekonomi W.A. Wijewardena berkata sekatan import yang “sewenang-wenangnya” akan membantutkan pertumbuhan dan meningkatkan masalah rasuah.

    Dia memberitahu AFP ia adalah langkah yang kejam, dan “antiorang miskin kerana merekalah yang akan paling terkesan. Sekatan yang berlanjutan untuk jangka masa yang lama tidak diperlukan,” kata Wijewardena.

    Bagi petugas kesihatan, Weerasinghe, yang marah dan jijik dengan kunyit yang tidak tulen yang ada di pasaran mengatakan adalah “lebih baik untuk memasak tanpanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/