Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak dua wanita melambai-lambai di tepi jalan.

    Ketika memberhentikan kereta ke tepi, rupa-rupanya dua pelancong dari Itali dan Jerman ingin menumpang untuk balik ke penginapan mereka di Sungai Akar.

    Mengetahui kesukaran mereka untuk mendapatkan pengangkutan apalagi perkhidmatan bas tidak beroperasi hingga lewat malam, jadi saya menumpangkan mereka agar mereka dapat pulang dengan selamat.

    Ketika di dalam kereta, mereka memuji Brunei sangat indah namun sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas dan juga sulit untuk menempah kereta dalam aplikasi.

    Insiden itu tidak hanya berhenti di situ, baru-baru ini juga, semasa berbual dengan beberapa pelancong yang mengunjungi ibu negara, mereka juga berdepan dengan isu pengangkutan awam yang kurang mesra pelancong di negara ini.

    Gambar Agensi

    Walaupun ramai pengunjung mengagumi kebersihan bandar, keamanan negara serta keindahan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, pengalaman mereka sering tercalar oleh kesukaran untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

    Beberapa pelancong turut mengadu mereka terpaksa mengatur perjalanan dengan sangat teliti kerana bas awam tidak mempunyai jadual yang jelas dan perhentian bas pula terhad.

    Aduan sebegini bukan sahaja menunjukkan kesukaran logistik, tetapi juga memberi gambaran bahawa pengalaman menikmati destinasi di Brunei boleh menjadi sukar dan terbatas bagi pelancong yang tidak biasa dengan sistem pengangkutan tempatan.

    Sebenarnya banyak lokasi yang pelancong hendak terokai di negara ini, namun dihambat oleh sistem pengangkutan.

    Bagi memperkukuh sektor pelancongan dan menarik kehadiran lebih ramai pelancong, pihak yang berkenaan perlu menambah baik kemudahan asas seperti pengangkutan mesra pelancong, talian khas untuk bantuan dan kecemasan serta penyediaan penginapan yang berkualiti, murah dan berbaloi.

    Banyak negara berjaya menarik pelancong kerana sistem pengangkutan awam yang mudah dan cekap, seperti bas ulang alik yang membolehkan mereka menjelajah tanpa tekanan dan kos yang tinggi.

    Dengan langkah ini, Brunei bukan sahaja akan memudahkan rakyat sendiri, tetapi juga meninggalkan pengalaman positif kepada pelawat dari seluruh dunia.

    Kenderaan awam yang cekap adalah salah satu faktor utama dalam menarik dan mengekalkan pelancong agar datang lagi berkunjung ke Brunei.

    Jika diurus dengan baik, Brunei boleh menjadi destinasi mesra pelancong dan mudah diterokai, meninggalkan kesan yang tidak mudah dilupakan bagi setiap pelawat.

    Raihan

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...