Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kekurangan sayur: FAMA diarah kenal pasti kawasan terjejas

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diarah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mengalami kekurangan bekalan sayur, bagi membolehkan pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mengerakkan segera jentera bekalan sayur untuk dipasarkan di kawasan terjejas.

    Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata MAFS akan membuat kajian data supaya tempat yang mengalami kekurangan bekalan itu dapat dihantar dengan bekalan sayur dari kawasan yang mempunyai lebihan stok.

    “Kita harap perkara ini dapat diatasi dengan segera,” katanya ketika ditemui di program lawatan ke loji pemprosesan sarang burung walet milik Asiawalit Resources Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, dekat sini hari ini.

    Sejak minggu lepas, beberapa negeri dilaporkan mengalami kekurangan sayur-sayuran tertentu susulan hujan lebat berterusan dan banjir menjejaskan ladang sayur di Johor, Pahang dan Perak, yang menyebabkan harganya melonjak di beberapa tempat termasuk di Melaka, yang mencatatkan peningkatan harga 10 hingga 20 peratus.

    Sementara itu, Mohamad berkata bekalan bahan mentah seperti telur dan ayam di pasaran pada masa ini secara umumnya mencukupi dan stabil dengan harga masih dapat dikawal. – Bernama

    Mohamad pada sidang media selepas melakukan lawatan ke loji pemprosesan sarang burung walit di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda