Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab, akademi galas tanggungjawab pembangunan sukan

    KUALA LUMPUR, 22 FEB – Kelab dan akademi badminton perlu sama-sama bertanggungjawab dalam pembangunan sukan itu dengan membantu meningkatkan bakat baharu di seluruh Malaysia.

    Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Jeremy Valberg yang juga pemilik Kelab dan Akademi Badminton Valberg berkata sesebuah akademi memainkan peranan penting dalam mengenal pasti dan membimbing pemain muda sejak dari awal untuk berada pada tahap kompetitif.

    Setelah asasnya kuat dan stukturnya stabil, bermaksud, apabila bakat di peringkat akar umbi dibentuk dengan baik, mereka akan meningkat dengan mula mewakili daerah, negeri dan kemudiannya menyertai skuad kebangsaan.

    “Mungkin tidak semua mampu menyertai skuad kebangsaan dan menjadi pemain dunia, tapi apabila bilangan bakat baharu bertambah, secara tidak langsung akan mendorong pemain kebangsaan untuk menjadi lebih baik atau kedudukan mereka akan segera diganti.

    “Agak menyedihkan kerana ketika ini, jurang sangat jauh antara pemain baharu dan sedia ada. Selepas Datuk Lee Chong Wei bersara, kita masih tertunggu-tunggu penggantinya untuk meraih kemenangan di peringkat antarabangsa.”- Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda