Kelab AKSE Bersatu terima tajaan

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Kelab Bola Sepak AKSE Bersatu telah menerima tajaan daripada Shopee Cafe dan Eassy Service sebagai tanda sokongan bagi kelab bola sepak berkenaan yang akan bertanding dalam Liga Daerah Brunei Muara 2020.

Majlis penyerahan tajaan telah berlangsung di Shopee Cafe, The Mall, Gadong, kelmarin, di mana tajaan telah diserahkan oleh pengasas Shopee Cafe dan Eassy Service, Awang Mohammad [email protected] dan diterima oleh Naib Presiden Kelab Bola Sepak AKSE Bersatu, Haji Mohd Hairol Haimi bin Haji Usop bagi pihak kelab.

Kelab itu telah menerima tajaan berupa jersi pra perlawanan bagi para pemain kelab berkenaan.

Melalui tajaan itu akan dapat menyuntik semangat baharu kepada setiap ahli pasukan kelab berkenaan dan seterusnya memberikan saingan dan tantangan buat pasukan-pasukan lain yang berentap pada kejohanan itu nanti.

Pengasas Shopee Cafe dan Eassy Service menyerahkan tajaan kepada Naib Presiden Kelab Bola Sepak AKSE Bersatu.