Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Belia Mualaf agihkan sumbangan makanan berbuka

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Kelab Belia Mualaf di bawah naungan Pusat Dakwah Islamiah, kelmarin telah mengadakan Projek ‘Street Charity Ramadan’ sempena Sambutan Nuzul Al-Quran.

    Projek yang menyasarkan kepada dua kumpulan iaitu untuk para keluarga mualaf yang memerlukan dan orang awam itu ditumpukan di beberapa buah kawasan di daerah ini.

    Sehubungan itu, ahli-ahli jawatankuasa kelab tersebut telah mengagihkan sumbangan berupa juadah berbuka puasa kepada penerima seperti mee goreng, cucur pisang, cendol, air kausar dan bubur.

    Projek ‘Street Charity Ramadan’ yang dilancarkan oleh Awang Kamal Leong ini antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dalam sama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

    Selain itu, ia juga diadakan untuk memberi galakan kepada ahli kelab dan orang awam untuk melakukan kebaikan sesama saudara Islam dan bukan Islam.

    Kelab Belia Mualaf yang terlibat dalam program tersebut semasa sesi bergambar ramai.
    Kelab Belia Mualaf yang terlibat dalam program tersebut semasa sesi bergambar ramai.

    Persiapan juadah yang siap dimasak sedia untuk di agihkan kepada keluarga mualaf dan orang awam.
    Persiapan juadah yang siap dimasak sedia untuk di agihkan kepada keluarga mualaf dan orang awam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda