Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kelab Benzer anjur pameran kereta

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Kelab Benzer hari ini telah mengadakan pameran kereta Mercedes Benz di kawasan letak kereta Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Pameran diketuai oleh Pengerusi Kelab Benzer, Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd Daud bertemakan Cintakan Raja dan Negara itu telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim selaku tetamu kehormat.

    Sebanyak 22 buah kereta Mercedes Benz terlibat telah memeriahkan acara tersebut, ditambah dengan aktiviti-aktiviti Bandarku Ceria yang bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli kelab.

    Ia juga merupakan program tahunan kelab tersebut.

    Antara kereta Mercedes Benz yang dipamerkan oleh ahli kelab di Kompleks Yayasan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...