Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab bola sepak Brazil terima padah

    RIO DE JANEIRO, 18 Julai – Kelab bola sepak Vasco da Gama terpaksa bermain enam perlawanan di tempat sendiri di gelanggang berkecuali susulan insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang penyokong terbunuh awal minggu ini, lapor agensi berita Xinhua.

    Tribunal yang dianggotai tiga panel hakim itu berpendapat kelab itu turut bersalah dalam pergaduhan penyokong yang berlaku semasa aksi Serie A Brazil antara Vasco dan Flamengo 8 Julai lalu di Stadium Sao Januario.

    Pergaduhan tercetus setelah Vasco, selaku tuan rumah kalah 1-0 kepada Flamengo.

    Insiden berkenan menyebabkan seorang penonton, Davi Rocha Lopes, 27, terbunuh setelah terkena tembakan di leher manakala dua lagi penyokong turut cedera terkena peluru sesat.

    Flamengo turut didenda 5,000 reais (kira-kira AS$1,500) kerana didapati gagal memastikan kelakuan penyokong mereka terkawal.

    Mahkamah sukan negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata kedua-dua kelab berkenaan dijangka akan mengemukakan rayuan.

    Tragedi kali ini adalah yang terbaru dalam siri keganasan melibatkan bola sepak di Brazil.

    Menurut laporan media tempatan, insiden keganasan melibatkan penyokong bola sepak telah mengorbankan lebih 20 peminat sukan itu sejak 1997. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda