Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab bola sepak perlu ikut kemampuan kewangan

    KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Kelab-kelab bola sepak negara harus bijak mengendali kewangan kelab masing-masing dengan telus dan mengikut kemampuan agar tidak terus terjerumus dengan isu tunggakan gaji yang menjadi ‘barah’ kepada kancah Liga Malaysia (Liga-M).

    Penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata setiap kelab perlu berpijak di bumi yang nyata dari segi kewangan dan tidak terlalu bermewah-mewahan semata-mata untuk mengikut kemampuan kelab pasukan lain.

    “Kebanyakan kelab nak ikut macam pasukan besar yang mampu memberi kemewahan, itu yang menjadi masalah. Jadi apa harus dilakukan, kelab tiada masalah perlu mengekalkan keupayaan mereka mewujudkan bajet yang telus dan buat apa mereka mampu.

    “Kalau tidak, berapa lama kelab boleh bertahan dan berapa lama penaja mahu menaja kelab, Liga-M perlu berpijak di bumi nyata, tidak perlu bermegah-megah, perkara ini kronik tapi tidak digembar-gemburkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Mohd Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu menyifatkan masalah tunggakan gaji sudah menjadi semakin kronik dan mewujudkan persekitaran tidak sihat dalam liga tempatan.

    Beliau berpendapat masalah ini seharusnya diletakkan di ‘bahu’ kelab persatuan masing-masing dan tidak melibatkan campur tangan kerajaan. – Bernama

    Insiden kad merah untuk pemain Terengganu FC (TFC) apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika hendak melakukan tandukan ke arah gawang lawan pada perlawanan Liga Super 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda