Kelab EPL setuju peraturan baharu

LONDON, 5 JUN – Para pengurus akan dapat membuat sehingga lima pemain gantian untuk baki musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 setelah kelab bersetuju untuk perubahan peraturan sementara itu pada pertemuan kelmarin.

FIFA mencadangkan sebagai jalan penyelesaian pada bulan lalu bagi melindungi kesejahteraan pemain dengan sejumlah besar jadual perlawanan yang sangat padat dalam beberapa minggu bagi menamatkan musim ini kerana penangguhannya selama tiga bulan akibat wabak COVID-19. Kelab EPL bersetuju untuk menambah jumlah pemain gantian yang tersedia untuk dipilih dari tujuh hingga sembilan untuk baki musim ini.

“Untuk baki musim 2019/20, jumlah pemain gantian yang dapat digunakan semasa perlawanan akan meningkat dari tiga hingga lima pemain,” kata EPL dalam satu kenyataan.

“Pemegang saham juga bersetuju kelab meningkatkan jumlah maksimum pemain gantian di bangku simpanan dari tujuh hingga sembilan orang untuk baki musim 2019/20.”

Namun, untuk mengelakkan terlalu banyak berlaku pembuangan masa, setiap pasukan hanya akan memiliki tiga peluang untuk melakukan pertukaran pada separuh masa.

Gambar menunjukkan pintu pagar Stadium Anfield yang ditutup. Liverpool mungkin memenangi gelaran pertamanya selepas 30 tahun tetapi perlu mencegah orang ramai berkumpul di sekitar Anfield. – AFP

EPL akan disambung semula dengan dua perlawanan bermula pada 17 Jun ini ketika Manchester City menjadi tuan rumah menentang Arsenal dan Sheffield United melakukan perjalanan ke Aston Villa. Selebihnya sembilan pusingan perlawanan seterusnya dijangka selesai hanya dalam lima minggu.

Tidak ada keputusan yang dibuat pada pertemuan kelmarin tentang bagaimana kedudukan liga akan ditentukan jika berlaku jangkitan yang akan menyebabkan musim itu terganggu sekali lagi. Setakakt ini hanya satu kes positif dari 1,197 ujian dari pemeriksaan terakhir terhadap pemain dan kakitangan. Kelab dilaporkan telah bersetuju untuk sebilangan kecil perlawanan dimainkan di tempat-tempat neutral di mana dianggap perlu oleh kumpulan perkhidmatan kecemasan dan keselamatan.

“Sebilangan besar baki perlawanan akan dimainkan, di tempat sendiri dan di tempat seperti yang dijadualkan, dengan sebilangan kecil perlawanan berlangsung di tempat-tempat yang neutral,” kata Mark Roberts, ketua kebangsaan polisi bola sepak Inggeris, minggu lalu.

Roberts mencadangkan sebarang perlawanan di mana pendahulu liga Liverpool jika memenangi gelaran untuk pertama kalinya dalam 30 tahun akan dimainkan di tempat yang neutral untuk mencegah orang ramai berkumpul di sekitar Anfield.

Liverpool unggul dengan kelebihan 25 mata di kedudukan teratas liga dan hanya tinggal dua perlawanan untuk merangkul gelaran juara. Bagaimanapun, Polis di Merseyside mengatakan bahawa mereka gembira dengan perlawanan di Liverpool, termasuk derby Merseyside di Everton Goodison Park yang akan dimainkan pada hujung minggu 19 hingga 22 Jun ini. – AFP