Saturday, January 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Liga Perdana Inggeris pecah rekod perbelanjaan

    LONDON, 25 OGOS – Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah memecahkan rekod bagi perbelanjaan di jendela perpindahan musim panas ini, menurut penganalisis bagi pakar kewangan sukan, Deloitte.

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi 20 buah pasukan Liga Perdana ialah sebanyak 1.5 bilion pound, hari ini, menewaskan rekod pada 2017 iaitu sebanyak 1.43 bilion pound yang dibelanjakan oleh kelab-kelab England semasa jendela perpindahan ditutup.

    Dengan jendela perpindahan masih berjalan dan akan ditutup pada awal September, rekod tertinggi sepanjang zaman bagi keseluruhan musim Liga Perdana, iaitu 1.86 bilion pound pada 2017-2018, mungkin dipintas dalam jendela perpindahan musim panas ini.

    “Paras perbelanjaan rekod yang kita saksikan pada jendela perpindahan musim panas setakat ini memberikan petanda model perniagaan kelab-kelab Liga Perdana kembali meningkat selepas pasca COVID,” kata Chris Wood, pembantu pengarah di Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte.

    Antara perpindahan yang mencuri tumpuan ialah penyerang Benfica, Darwin Nunez ke Liverpool dengan nilai 85.5 juta pound.

    Chelsea membelanjakan 60 juta pound ke atas Marc Cucurella, 47.5 juta pound untuk Raheem Sterling dan 34 juta pound untuk Kalidou Koulibaly. – AFP

    Pemain baharu Manchester United semasa diperkenalkan kepada peminat di Old Trafford. Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah memecahkan rekod bagi perbelanjaan di jendela perpindahan musim panas ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda