Wednesday, July 23, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lions anjur program penjagaan penglihatan, diabetes

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 JULAI – Ahli-ahli dari kumpulan Kelab Lions Belait bersama kelab Kelab Lions Lambir Miri, telah berganding bahu untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan penglihatan dan diabetes di Rumah Warga Emas, Seria kelmarin.

    Acara tersebut yang merupakan projek berterusan projek utama dan berterusan dari Kelab Lions Belait, telah menjalankan pemeriksaan mata serta tahap glukosa ke atas lapan orang warga emas yang menetap di rumah berkenaan.

    Turut hadir ialah Pengerusi Zon 12, Phyllis Jong; Pengerusi Zon 11, Sally Liew; Presiden Kelab Lions Belait, Johnny Cheong bersama enam orang ahli kelabnya dan disertai serta Presiden Kelab Lions Lambir Miri, Jennifer Kong yang turut disertai dua orang ahli kelabnya.

    Selain menjalankan pemeriksaan kesihatan, para ahli kelab juga menyediakan hidangan tengah hari untuk warga emas yang telah ditaja oleh Bekas Presiden Kelab Lions Belait, KK Chan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda