Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kelab Lions bantu, hulur sumbangan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 21 JAN – Lebih 50 ahli Kelab Lions Sabah dan Kelab Lions Kuala Lumpur singgah di Daerah Belait, kelmarin bagi Ekspedisi Lions in Action antarabangsa mereka.

    Bermula pada 18 Januari lalu di Tawau, Sabah, kontinjen yang berkunjung ke Brunei diketuai oleh pengerusi penganjur dan mantan Gabenor Daerah 308-A2, Dr Gan Kean Siong yang ditemui media semasa lawatan mereka ke Daerah Belait.

    “Ekspedisi hari ini membawa kami ke Brunei ketika kami memulakan perjalanan di Tawau, Sabah dan sejak beberapa hari lalu, kami telah mengembara merentasi Pulau Borneo ke pelbagai destinasi utama bagi menyerahkan sumbangan yang amat diperlukan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

    Sumbangan yang diserahkan adalah selaras dengan Lima Tunggak Antarabangsa Kelab Lions, Service and Beyond, yang merangkumi tumpuan kepada visi, belia, bantuan bencana, kemanusiaan, diabetes, kelaparan, kanser kanak-kanak, alam sekitar dan Misi 1.5; dengan set terakhir bagi mengembangkan komuniti Kelab Lions kepada 1.5 juta ahli di seluruh dunia dalam memenuhi keperluan komuniti yang semakin meningkat dan berkhidmat kepada orang ramai dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

    Beliau menambah, ekspedisi itu telah membawa perubahan positif bukan sahaja dalam memberikan kembali kepada masyarakat yang memerlukan tetapi juga dalam menghimpunkan ahli-ahli Kelab Lions dari banyak wilayah di bawah Daerah 308-A2 bagi membantu menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama mereka.

    Penyerahan barangan keperluan kepada Rumah Perlindungan PawsUp oleh ahli Kelab Lions Belait. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    “Sejak kami memulakan ekspedisi pada Khamis lalu, kami telah menjalankan beberapa projek di setiap destinasi yang disinggahi. Itu termasuk aktiviti kemanusiaan penyerahan barangan keperluan kepada Holy Family Residence di Papar, Sabah, untuk penanaman pokok di Pusat Pemulihan dalam Komuniti Tenom di Tenom, Sabah,” kongsinya.

    Di Daerah Belait, kontinjen disambut oleh Presiden Kelab Lions Belait, Phyllis Jong bersama ahli-ahli kelab. Dalam lawatan mereka, kumpulan itu menjalankan dua projek amal bagi membantu masyarakat di daerah berkenaan.

    Antaranya termasuk penyerahan barangan keperluan dan bantuan kewangan kepada salah satu Rumah Perlindungan PawsUp yang terletak di Kampung Sungai Liang, serta penyerahan cermin mata terpakai dan tidak digunakan sebagai sebahagian daripada projek visi bersama antara Kelab Lions Belait dan Kelab Lions Bandar Seri Begawan kepada kontinjen pelawat yang bercadang untuk disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan di wilayah masing-masing pada kemudian hari.

    Turut menyertai kontinjen berkenaan ialah Naib Gabenor Daerah Kedua 308-A2, Dato Winnie Lee yang telah berpeluang beramah mesra dengan ahli-ahli Kelab Lions Belait dan Bandar Seri Begawan dalam Majlis Makan Tengah Hari Fellowship yang diadakan di Restoran Buccaneer, Kuala Belait.

    Susulan lawatan ke negara ini, kontinjen berlepas ke Miri di mana mereka akan bertemu dengan ahli kumpulan Kelab Lions lain yang menyertai ekspedisi sama dari Kuching, Sarawak yang turut menuju ke Miri, bagi Makan Malam Grand Fellowship yang diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...