Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kelab Lions Belait bantu penduduk memerlukan di kawasan pedalaman

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 27 APRIL – Membantu mengurangkan beban mereka yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan ini, Kelab Lions Belait telah berkunjung ke kawasan pedalaman untuk menyerahkan pelbagai sumbangan sebagai sebahagian daripada Kempen Amal Ramadan pada 24 April lalu.

    Mengetuai rombongan dari kelab berkenaan ialah Naib Presiden Pertama, Keith Wong dan disertai oleh enam orang ahli yang menyerahkan sumbangan kepada 15 penduduk kurang berkemampuan di kawasan sekitar Labi.

    Sumbangan yang dihulurkan termasuk pelbagai keperluan makanan asas dengan kebanyakannya dikumpulkan daripada ahli-ahli kelab.

    Di samping itu, beberapa penyokong kelab termasuk David Chan dari Brotherhood Seafood Paradise Restaurant dan Ho Chang Fui, masing-masing juga menyumbangkan telur dan beras kepada penduduk berkenaan.

    Gambar ramai semasa kempen amal Kelab Lions Belait di kawasan pedalaman Belait. – Gambar serahan Kelab Lions Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...