Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lions Belait santuni warga emas

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 9 FEB – Ahli-ahli Kelab Lions Belait mengunjungi warga emas di Majlis Khidmat Masyarakat Daerah Belait (Rumah Orang Tua) di Seria pada 7 Februari lalu.

    Naib Presiden Pertama, Johnny Cheong mengetuai rombongan tersebut, yang turut disertai oleh Pengerusi Zon 12, Linda Chia dan enam ahli kelab.

    Sepanjang lawatan mereka, rombongan tersebut bukan sahaja menyampaikan angpau kepada warga emas, malah turut bersama-sama meraikan tradisi yee sang yang dihidangkan bersama hidangan buatan sendiri, yang turut menyemarakkan lagi suasana perayaan untuk warga emas tersebut.

    Ahli Kelab Lions Belait menggaul yee sang beramai-ramai bersama warga emas. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    Johnny Cheong menyerahkan angpao kepada warga emas. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    Gambar ramai anggota Kelab Lions Belait bersama warga emas. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda