Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lions hulur bantuan kepada rumah perlindungan haiwan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 19 MAC – Kelab Lions Belait bersama Kelab Leo Universiti Curtin berganding bahu membantu Pusat Perlindungan Haiwan Pawsup dalam program kesukarelawanan pada 15 Mac lalu.

    Presiden Kelab Lions Belait, Phyllis Jong mengetuai lawatan tersebut bersama ahli kelab untuk menyerahkan sumbangan serta menjalankan kerja amal di pusat perlindungan haiwan berkenaan.

    Menurut Phyllis, pusat itu menempatkan lebih 300 kucing dan anjing yang memerlukan sumber yang besar bagi menampung kos makanan serta rawatan veterinar.

    “Melihat semua pihak bekerjasama menjaga kebajikan haiwan yang memerlukan adalah sesuatu yang sangat menggembirakan,” katanya.

    Penyerahan barangan keperluan kepada Pusat Perlindungan Haiwan Pawsup oleh ahli Kelab Lions Belait. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda