Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Roses MG ringankan beban empat keluarga

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT — Sempena sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah, Kelab Roses MG telah mengadakan Ekspedisi Prihatin bagi menyerahkan sumbangan kepada empat keluarga yang kurang berkemampuan di keempat-empat daerah di negara ini, baru-baru ini.

    Ekspedisi tersebut merupakan program tahunan kelab yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan, dengan sumbangan berupa barangan makanan asas dan kewangan.

    Program itu mencerminkan komitmen kelab dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan.

    Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Presiden Kelab Roses MG, Awang Shari bin Wahid, bersama isteri, Dayang Haslinda binti Abdul Hamid. Menurut Awang Shari, sumbangan ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu penerima dalam memenuhi keperluan harian mereka.

    Sumbangan yang dikumpulkan adalah hasil inisiatif ahli-ahli kelab dan sukarelawan daripada pelbagai bangsa, sebagai tanda solidariti dalam membantu masyarakat.

    Program itu turut memperlihatkan semangat kebersamaan ahli kelab dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

    Kelab Roses MG yang ditubuhkan pada tahun 2002 aktif menyertai acara-acara permotoran dalam dan luar negara. Sehingga kini, kelab tersebut mempunyai lebih 100 ahli yang giat terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

    Ahli Kelab Roses MG bergambar ramai semasa ekspedisi tersebut. – GAMBAR OLEH ROSES MG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda