Oleh Daniel Lim
BELAIT, 20 OKT – Seramai 58 peserta telah menderma darah semasa kempen yang dianjurkan oleh Kelab Rotary Belait di Pusat Pembangunan Pembelajaran di Hospital Suri Seri Begawan kelmarin.
Presiden kelab berkenaan, Patricia Bong, telah mengalu-alukan lebih 70 pengunjung ke kempen berkenaan serta menjelaskan bahawa kempen diadakan dengan tujuan membantu meningkatkan bekalan bank darah, memastikan mereka yang memerlukan mendapat manfaat daripadanya.
Bagi memperingati para penderma yang telah menyumbang satu pain darah setiap seorang, presiden dan ahli kelab telah menyerahkan beg cenderahati bersama-sama dengan hidangan tengah hari sepanjang acara tersebut.


Semua di atas: Antara suasana semasa kempen derma darah berkenaan.
