Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Rotary Belait anjur kempen derma darah 23 Ogos ini

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 OGOS – Dalam usaha me-ningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, Kelab Rotary Belait akan menganjurkan kempen derma darah pada 23 Ogos depan di Pusat Pembangunan Pembelajaran, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait.

    Diadakan sebagai sebahagian daripada projek khidmat masyarakat kumpulan berkenaan, kempen bukan sahaja bertujuan untuk membantu meningkatkan bekalan darah yang diperlukan untuk membantu menyelamatkan nyawa di hospital malah menjana kesedaran mengenai manfaat menderma darah kepada penderma dan penerima.

    Oleh itu, Kelab Rotary Belait menyatakan kegembiraan mereka untuk bekerjasama dengan pihak hospital dan dengan sokongan Aewon Brunei dan Restoran Buccaneer, Kuala Belait dalam kempen berkenaan.

    Semasa kempen itu nanti, para hadirin dan penderma darah akan disajikan hidangan dan sebagai penghargaan, para penderma akan diberikan cenderahati yang bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dalam kempen itu tetapi juga bagi agensi-agensi terlibat untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada penderma kerana meluangkan masa menderma darah.

    Kempen derma darah akan diadakan di Pusat Pembangunan Pembelajaran, Hospital SSB. – Gambar serahan Kelab Rotary Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda