Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Sebagai komitmen ke arah pemuliharaan alam sekitar dan khidmat masyarakat, Kelab Rotary Bandar Seri begawan (RC BSB) berjaya untuk melaksanakan projek pemuliharaan jambatan laluan di Kampung Ayer, baru-baru ini.
Projek khidmat masyarakat berkenaan berjaya untuk direalisasikan menerusi usaha kerjasama antara penduduk setempat, ahli-ahli RC BSB serta jemputan khas di mana projek bukan sahaja meningkatkan infrastruktur tetapi ia juga mengukuhkan ikatan kemasyarakatan serta mencerminkan dedikasi kelab berkenaan untuk menabur bakti kembali kepada masyarakat.
Dalam hubungan itu, penghargaan turut diberikan kepada penghulu, ketua kampung Zon 3 serta penduduk kampung atas bantuan serta layanan mesra mereka kepada para ahli RC BSB dan keluarga mereka dalam memainkan peranan semasa menjayakan projek berkenaan.
Projek itu menggariskan peranan RC BSB dalam memupuk penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat serta menjalankan bagi inisiatif positif untuk masa hadapan.
Semua di atas: Ahli RC BSB, keluarga mereka serta penduduk setempat bersama-sama menjayakan projek pemuliharaan jambatan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN RC BSB