Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kelahiran anak burung kiwi setelah 100 tahun

    WELLINGTON, 5 DIS – Anggota pemuliharaan di New Zealand hari ini meraikan kelahiran anak-anak burung kiwi di kawasan hutan sekitar Wellington untuk pertama kalinya dalam lebih 100 tahun.

    Burung yang berbulu lembut dan tidak terbang dengan paruh yang panjang itu merupakan lambang kebanggaan negara itu, tetapi tidak ramai daripada rakyat New Zealand yang pernah melihatnya di habitat hutan.

    Kiwi adalah antara burung yang paling terancam di New Zealand.

    Jabatan Pemuliharaan menganggarkan hanya terdapat kira-kira 26,000 kiwi perang yang tinggal.

    Tahun lalu, Projek Utama Kiwi melepaskan beberapa puluh ekor burung dewasa ke habitat hutan di sekitar Wellington, dengan harapan untuk meningkatkan semula jumlahnya di kawasan tersebut.

    Mereka kini telah menemui empat ekor anak burung – yang dipercayai sebagai yang pertama dilahirkan di bukit-bukit Wellington dalam lebih dari 150 tahun.

    “Ia sangat istimewa bagi pasukan yang telah bekerja keras sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” beritahu pengasas projek Paul Ward kepada AFP.

    Anak-anak burung itu merupakan ‘peristiwa penting bagi matlamat kami untuk meningkatkan jumlah burung kiwi liar di Wellington,’ tambahnya.

    Seorang sukarelawan projek terkejut apabila dia meletakkan tangannya di dalam sarang di bawah pokok minggu lalu dan mengeluarkan anak burung kiwi yang baru menetas, kata Ward. – AFP

    Dua anak kiwi lahir di hutan, barat Wellington yang diraikan pada 5 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...