Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kelahiran dara’ julung kali babitkan buaya

    WASHINGTON, 8 JUN – Kes pertama ‘kelahiran dara’ dalam kalangan buaya direkodkan oleh saintis, menurut penyelidikan yang diterbitkan hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Buaya betina dalam kurungan di Costa Rica itu menghasilkan segenggam telur walaupun tidak bersentuhan dengan buaya jantan selama kira-kira 16 tahun, kata penyelidik.

    Telur itu dihasilkan oleh seekor buaya Amerika betina berusia 18 tahun di Parque Reptilania pada Januari 2018.

    Satu telur mempunyai janin yang lengkap didapati 99.9 peratus sama genetik dengan ibu, menunjukkan ia telah berkembang tanpa telur disenyawakan oleh buaya jantan.

    Dikenali sebagai parthenogenesis fakultatif, kelahiran dara pernah berlaku pada spesies lain sebelum ini, termasuk burung, cicak dan ular, tetapi tidak pada buaya.

    Penyelidik berkata, penemuan itu berkemungkinan berupaya membiakan keluarga buaya yang pupus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda