KOTA BHARU, 8 DIS – Ketua jurulatih The Red Warriors (TRW) Yusri Che Lah berkata kehadiran Kelantan United (KUFC) pada saingan Liga Perdana musim hadapan sebagai sesuatu yang positif kepada kemajuan bola sepak Kelantan.
Beliau berkata penyokong bola sepak negeri ini tidak seharusnya melihat
kehadiran KUFC sebagai musuh tidak baik kepada pasukannya.
Pada saingan Liga Perdana musim hadapan, Kelantan mempunyai dua wakil apabila pasukan KUFC melayakkan diri untuk beraksi pada saingan Liga Perdana selepas muncul juara pada Liga M3 musim ini.
Sementara itu, jurulatih kelahiran Perlis itu berkata beliau berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Melaka United Mohd Nazrin Mohd Nawi bagi memperkuat pasukan itu. – Bernama