Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelantan FC perlu berhati-hati menentang Sabah FC

    KOTA BHARU, 29 SEPT – Barisan pemain Kelantan FC diingatkan supaya berhati-hati apabila turun berdepan Sabah FC pada aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, petang esok.

    Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata pasukan lawan yang baru mendapatkan khidmat bekas jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sudah pasti akan tampil dengan corak permainan berbeza.

    “Sudah pasti beliau (Kim Swee) mempunyai ramuan baharu dan gaya pemainan berbeza daripada sebelum ini. Malah, Sabah FC pastinya akan membariskan skuad terkuat dan kita perlu berwaspada dengan corak permainan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini. Sementara itu, Rezal Zambery mengingatkan anak buahnya supaya tidak melakukan kesilapan sama ketika tumpas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama peringkat kumpulan, Ahad lepas.

    “Bertemu Sabah FC, kita juga perlu berhati-hati, tambahan pula kita perlu melakukan sedikit rombakan kerana beberapa pemain utama mengalami kecederaan ketika aksi menentang JDT,” katanya.

    Beliau berkata kemenangan ke atas Sabah FC penting dalam usaha mereka mara ke peringkat suku akhir.

    “Beraksi di tempat sendiri, kita perlu mengutip tiga mata penuh sekali gus dapat meningkatkan motivasi pemain selepas tewas kepada JDT sebelum ini,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda