Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas bimbingan latih kemahiran muslimah buat hidangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 20 orang dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid, mewakili enam buah masjid di seluruh negara telah menyertai Kelas Kemahiran Membuat Biskut Kopi Rangup dan Oya yang diadakan di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, baru-baru ini.

    Kelas tersebut merupakan inisiatif Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pusat Pembangunan Belia dengan objektif memberikan peluang kepada para muslimah masjid untuk memperkasa kemahiran dan menjana pendapatan sampingan.

    Turut hadir di kelas tersebut ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Program itu dilaksanakan melalui tiga sesi. Sesi pertama yang berlangsung dua minggu lalu memberi tumpuan kepada pembuatan roti canai dan tumpi, diikuti sesi kedua dengan penghasilan kek rol dan kek cawan. Sesi penutup kali ini pula memperkenalkan teknik membuat biskut kopi rangup dan oya.

    Kelas kemahiran seumpama itu diharap akan terus menjadi platform yang efektif dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muslimah masjid dan masyarakat umum, serta mendorong mereka untuk lebih berdikari dan produktif dalam kehidupan seharian.

    Antara suasana semasa kelas berkenaan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa kelas berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda