Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kelas digantung akibat bahaya panas

    MANILA, 2 APRIL – Beratus-ratus sekolah di Filipina, termasuk berpuluh-puluh sekolah di ibu negara Manila, hari ini menggantung kelas secara bersemuka kerana tahap kepanasan yang berbahaya, kata pegawai pendidikan.

    Indeks tahap kepanasan negara itu mengukur bacaan suhu dengan mengambil kira kelembapan.

    Indeks itu dijangka mencapai paras ‘bahaya’ iaitu 42 darjah Celsius di Manila hari ini dan 43 darjah Celsius esok, dengan paras yang sama di beberapa kawasan lain di negara itu, mengikut ramalan cuaca negeri itu.

    Bacaan suhu tertinggi sebenar untuk metropolis itu pada hari ini ialah 34 darjah Celsius.

    Sekolah rendah dan menengah di Quezon, bahagian paling ramai penduduk di bandar itu, diarah tutup manakala sekolah di kawasan lain diberi pilihan oleh pegawai tempatan untuk beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

    Seorang guru bekerja dalam kelas yang kosong di sebuah sekolah rendah di bandar Iloilo, Filipina pada hari ini susulan daripada arahan penggantungan kelas disebabkan oleh tahap kepanasan yang berbahaya. – AFP

    Beberapa sekolah lain di Manila memendekkan waktu pembelajaran untuk mengelakkan waktu paling panas pada hari itu.

    Indeks haba 42 hingga 51 darjah Celsius boleh menyebabkan kekejangan haba dan keletihan haba, dengan strok haba ‘berkemungkinan dengan pendedahan yang berpanjangan’, kata ramalan cuaca dalam satu nasihat.

    Kekejangan haba dan keletihan haba juga mungkin boleh berlaku pada 33 hingga 41 darjah Celsius, menurut ramalan cuaca.

    Pegawai tempatan di beberapa kawasan di selatan pulau Mindanao turut menggantung kelas secara bersemuka atau memendekkan waktu sekolah selama dua minggu, kata jurucakap jabatan pendidikan wilayah, Rea Halique kepada AFP.

    Arahan itu menjejaskan ratusan sekolah di wilayah Cotabato, Cotabato Selatan dan Sultan Kudarat, serta bandar Cotabato, General Santos dan Koronadal, kata Halique.

    Bandar Cotabato mengalami indeks haba tertinggi di Mindanao, mencecah 42 darjah Celsius pada Isnin dan Selasa, lapor ramalan cuaca negeri itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...