Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas kecergasan pupuk kesihatan mental, fizikal

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 NOV – Dalam usaha memupuk gaya hidup sihat, keseimbangan kehidupan kerja dan kesejahteraan semua warga kakitangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dengan kerjasama Super Slim Fit Brunei, kumpulan kecergasan amal terbesar telah menganjurkan kelas kecergasan dan kesedaran kesihatan baru-baru ini.

    Pengetua Super Slim Fit Brunei, Tan Sui Seng, menambah acara itu bertujuan untuk menggalakkan kesihatan fizikal dan mental, meningkatkan mood yang baik serta mengurangkan keadaan kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

    “Kegembiraan adalah penawar. Oleh itu, kelas yang dianjurkan sentiasa dipenuhi gelak ketawa dan kegembiraan,” ujarnya.

    Tan juga menyatakan mereka dapat memeriksa tekanan darah semua ahli yang mengambil bahagian dan berkongsi pengetahuan kesedaran kesihatan sepanjang kelas diadakan.

    Kumpulan itu juga menyediakan pelbagai latihan untuk orang biasa dan orang berkeperluan khas.

    “Kami menyediakan sesi kecergasan dan kesihatan percuma kepada kerajaan, persatuan dan sektor swasta untuk meyemai kesedaran kesihatan,” tambah Tan.

    Wakil JPA, Hajah Siti Mardynah binti Haji Ibrahim bergambar bersama Tan Sui Seng dan Master Trainer Tan semasa kelas yang dianjurkan baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JPA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda