Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas masakan perkenalkan hidangan popular Korea

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Kelas Masakan Korea untuk para wanita telah diadakan hari ini di kediaman Duta Besar Republik Korea ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sun Nahmkook.

    Acara yang berlangsung penuh mesra itu menampilkan penyediaan dua hidangan popular Korea iaitu Pa-kimchi, sejenis kimchi yang menggunakan daun bawang, serta mi goreng tradisional Korea, Japchae yang diperbuat daripada mi kanji ubi keledek (dangmyeon) dan pelbagai sayuran berwarna-warni.

    Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh TYT Sun Nahmkook disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai dan kelas masakan secara praktikal yang dikendalikan oleh Chef Park Geon-wook.

    Antara yang menghadiri acara tersebut termasuklah para isteri kepada bekas pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat serta ketua pegawai eksekutif yang mengambil peluang untuk mendalami budaya masakan Korea sambil menikmati suasana muhibah.

    Para peserta bukan sahaja mempelajari cara penyediaan hidangan tradisional Korea, bahkan turut dapat membawa pulang hasil masakan mereka sendiri.

    Acara tersebut menjadi platform yang hangat dan berkesan dalam memupuk persahabatan serta memperkenalkan tradisi kulinari Korea kepada masyarakat tempatan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa kelas berkenaan.

    Sesi bergambar ramai semasa kelas berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda