Thursday, December 26, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelas Memasak Korea diteruskan

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Susulan kejayaan Kelas Memasak Korea tahun lalu, Kedutaan Republik Korea di sini telah mengadakan satu lagi sesi demo memasak untuk peminat masakan Korea di Brunei, hari ini.

    Tahun lepas, hanya 30 penggemar makanan Korea yang bertuah dipilih untuk menyertai demo dan membuat dua hidangan popular Korea iaitu Tteokbokki dan Dalgona, namun penyertaan tahun ini ditambah kepada 45 orang yang dipilih berdasarkan yang dahulu didahulukan.

    Sekali lagi, cef kedutaan berkenaan, Cef Lee Kisu hadir untuk menunjukkan dua hidangan popular Korea iaitu Bibimguksu dan Teokgalbi.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun dalam ucapan alu-aluan ringkasnya, mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana meluangkan masa untuk menyertai dan menyokong demonstrasi memasak dan terutamanya kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Suruhanjaya Tinggi British dan Timor Leste dan seorang tukang masak dari Suruhanjaya Tinggi British.

    Cef Lee Kisu, yang membuat penampilan pertamanya dalam kelas memasak yang dianjurkan oleh kedutaan itu pada Mei tahun lepas, berkongsi bahawa beliau gembira dapat mengendalikan demonstrasi itu sekali lagi dan kali ini dengan kumpulan yang lebih besar.

    TYT Kim Soung-eun semasa menyampaikan kata alu-aluannya.
    Cef Lee Kisu bergambar bersama sebahagian peserta, kelmarin.

    Cef muda berbakat yang berpengalaman bekerja di sebuah hotel lima bintang di Busan, Korea itu turut berkongsi, selepas hampir setahun berada di negara ini, beliau telah menyesuaikan diri dengan gaya hidup di sini dan selesa dengannya.

    Beliau juga berkongsi bahawa beliau telah mencuba beberapa makanan tempatan di sini yang agak berbeza daripada makanan Korea, dan berkata antara hidangan kegemarannya ialah Nasi Katok dan Pais Daging yang popular.

    Sementara itu, konsul di kedutaan, Jung Minyoung menyatakan bahawa acara berkenaan merupakan demonstrasi masakan pertama yang dihoskan oleh kedutaan itu dan terdapat lebih banyak lagi yang akan datang termasuk acara pada Julai di kedutaan itu serta semasa Festival Korea di Times Square.

    “Kami juga berhasrat meneroka beberapa peluang dan bekerjasama dengan agensi lain seperti Royal Brunei Culinary atau sekolah-sekolah kulinari di Brunei,” ujarnya.

    Selain daripada demo memasak, Jung berkongsi bahawa terdapat dua lagi projek kebudayaan dalam perancangan, salah satunya menjemput pasukan persembahan dari Korea untuk membuat persembahan di sini dan Sudut Korea, yang termasuk beberapa buku Bahasa Korea, teknologi dan pelancongan Korea di perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda