Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Seramai 12 orang pengajar Kelas Mengaji M3 AQSA di Surau Al-Huda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) Muara telah mengadakan Majlis Mengenang Jasa dan Perpisahan bagi Ketua Guru Kelas Mengaji surau berkenaan baru-baru ini.
Majlis berlangsung di Seoul Garden, Parkview Hotel, Jerudong itu dipengerusikan oleh Ketua Guru sementara di surau berkenaan, Salamah binti Haji Abd Rahman.
Ketua Guru Kelas Mengaji yang juga Imam di surau berkenaan, Faidil Rosemady bin Mohamad akan menamatkan perkhidmatan di Kementerian Pertahanan dan akan berpindah ke Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
