TOKYO – Millefiori merupakan sejenis kraftangan kaca tradisional dari Venice. Ia berciri kecerahan dan kejernihan yang dicipta oleh gabungan kepingan kaca bulat berwarna-warni.
Millefiori merujuk kepada kedua-dua kraftangan tradisional Venice dan komponen kecil yang digunakan dalam pembuatannya.
Kebanyakan potongan tersebut mempunyai diameter antara 2 hingga 8 milimeter, tetapi ada yang sebesar 2 hingga 3 sentimeter. Nama itu bermaksud ribuan bunga dalam bahasa Itali, dan ia datang dalam pelbagai warna dan corak, termasuk reka bentuk bunga.
Millefori dibuat dengan memotong batang kaca yang mempunyai corak pada bahagian rentang silangnya.
Yasuko Sakami, seorang seniman kaca Venice, mempelajari teknik dan sejarah millefiori di Venice. Dia kini mencipta millefiori di studio pengeluarannya di Tokyo, dengan memesan potongan-potongan millefiori dari Venice.
Untuk reka bentuk millefiorinya, Sakami, 75, mengambil potongan-potongan tersebut dengan pinyepit dan menyusunnya di atas kepingan kaca atau dalam bingkai perak berbentuk bulat atau hati. Dengan memanaskannya dalam pelekap elektrik pada suhu hampir 800 C, permukaan kaca cair dan bersatu dengan lancar menjadi satu bahagian.
“Daya tarik daripada proses ini adalah awda boleh mereka bentuk dan mencipta karya seni yang berwarna-warni dengan bebas, sama seperti taman bunga,” katanya.
Dengan memasangkan kelengkapan logam dan tali, ia boleh dijadikan aksesori comel seperti loket dan anting-anting. Dia juga membuat peralatan pinggan mangkuk dan pelbagai corak pinggannya akan menambah warna pada meja makan.
“Jika awda menggabungkannya teknik cloisonne dan enamel lain, awda boleh mengembangkan bidang kreatif awda,” katanya.
Salah satu karyanya bertajuk Omoide (kenangan) diinspirasikan oleh landskap bunga.
Kepingan Millefiori digunakan untuk melukis padang bunga dan rumput pada alas pinggan kaca, dan glasir biru digunakan untuk mengekspresikan langit biru.
Satu lagi karya lain bertajuk Mirai (Masa Depan), yang menampilkan rama-rama, mempunyai suasana yang hebat de-ngan warna biru sebagai warna dasarnya.
Sakami mengintegrasikan seribu bu-nga untuk mencipta pelbagai karya.
“Dari aksesori kepada hiasan dalaman, millefiori boleh memperkayakan kehidupan kita,” katanya.
Kelas untuk Pemula untuk membuat karya Millefiori, seseorang bukan sahaja memerlukan potongan kaca Venice tetapi juga pelekap elektrik dan pelbagai perkakas. Terdapat banyak studio kaca yang menawarkan kelas praktikal.
Studio Sakami juga menyediakan kelas praktikal secara berkala. Dengan nasihat daripada salah seorang daripada beberapa pengajar, orang muda, keluarga dan warga emas semuanya menyahut cabaran untuk mewujudkan Millefiori di sana.
“Walaupun pemula boleh mencubanya dengan mudah,” kata Sakami.
“Obidome (sebuah klip hiasan yang digunakan untuk mengekalkan obi kimono) untuk orang muda dan penyepit rambut untuk kanak-kanak adalah popular,” kata Sakami.
Kos kelas dua jam bermula pada ¥3,300, termasuk bahan-bahan. – ANN/JAPAN NEWS