Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelasi jatuh laut lebih 12 jam berjaya selamat

    SYDNEY, 25 JULAI – Seorang kelasi China telah diselamatkan di luar pantai barat Australia hari ini selepas terjatuh dari sebuah kapal kargo dan hanyut di perairan dipenuhi ikan yu.

    Lelaki berusia dalam 30an itu dilambung ombak di Lautan Hindi selama lebih 12 jam selepas jatuh dari kapal pengangkut China, Guang Mao, malam kelmarin, menurut polis dan pihak berkuasa maritim.

    Kru marin dan udara bergelut mencarinya sebelum menangguhkan usaha pencarian semalam.

    Pagi ini, pasukan penyelamat menyelamatkan kelasi dari perairan itu kira-kira 10km dari pesisir pantai.

    “Lelaki itu dibawa ke pesisir dan akan dibawa ke hospital untuk dirawat,” kata polis Australia Barat dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda