Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Kelayakan Piala Asia Futsal 2026: Taktikal, sokongan peminat dorong Malaysia tundukkan UAE

    KUANTAN, 21 SEPT – Disiplin, taktikal dan soko-ngan padu peminat menjadi kunci kejayaan skuad futsal negara menundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 pada aksi Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia Futsal 2026.

    Ketua jurulatih Malaysia, Rakphol Sainetngam berkata meskipun kemenangan tipis itu diperoleh, ia sudah memadai untuk memastikan tiga mata berharga, sekali gus membuka ruang lebih luas bagi Malaysia mara ke pusingan seterusnya.

    “Terima kasih kepada pemain saya. Hari ini mereka bermain dengan baik dan mengikut taktikal yang dirancang.

    Kadang-kadang mereka masih tidak konsisten kerana muda dan ini adalah perlawanan besar. Tetapi yang paling penting, kami berjaya dapatkan tiga mata.

    “Saya juga ingin berterima kasih kepada penyokong, kerana tanpa mereka mungkin pasukan tidak dapat bertahan sehingga wisel penamat,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Tertutup SUKPA di sini, malam kelmarin.

    Mengulas mengenai aksi menentang Bangladesh esok (Isnin), dia berkata cabaran lebih getir menanti, namun berharap skuad negara dapat menambah tiga mata.

    Sementara itu, pengendali UAE Ricardo Camara Sobral menerima kekalahan itu dengan hati terbuka, namun tetap berbangga dengan prestasi pasukannya.

    “Dalam sukan, ada masa kita menang dan ada masa kita kalah. Pemain saya beraksi baik, tetapi satu kesilapan ketika beralih kepada strategi ‘power play’ pada penghujung perlawanan telah mengubah segalanya,” katanya. – Bernama

    Pasukan Malaysia meraikan kemenangan selepas berjaya menundukkan UAE pada aksi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 baru-baru ini. – IG FAMALAYSIA

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...