KUALA LUMPUR, 16 NOV – Proses penswastaan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka selesai sepenuhnya pada tahun depan apabila beberapa kelemahan diperbaiki, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed. Beliau yang sebelum ini menjadi individu penting dalam proses penswastaan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC) sebagai Pengerusi Jawatankuasa