Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keletihan penjaga jangan diabaikan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Keletihan penjaga merupakan satu kebimbangan yang sering diabaikan.

    Walaupun menjaga seseorang yang kita kasihi amat memuaskan tetapi ia juga boleh membebankan kita secara fizikal dan emosi.

    Keindahan yang kita saksikan dalam memberikan penjagaan dan semangat daya tahan mereka yang kita jaga amat indah sekali, kerja penting ini juga boleh memberi kesan kepada kesejahteraan kita yang membawa kepada keletihan dan keletihan balas kasihan.

    Oleh itu, mengenal pasti keletihan penjaga merupakan langkah pertama ke arah mencari penyelesaian efektif menanganinya, jelas, Pengerusi Kempen Hari Penjagaan Paliatif dan Hospis Sedunia 2024, Dr Haji Zulkhairi bin Haji Mohamad dalam kata alu-aluannya di Hari Penjagaan Paliatif dan Hospis Sedunia 2024 yang berlangsung di Setia Point, Berakas, malam ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC), Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan Dr Haji Zulkhairi bergambar ramai selepas menyampaikan sijil penghargaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Mizi Wahid semasa menyampaikan ceramahnya. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Acara itu turut dihadiri oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan PJSC, pengarah-pengarah pusat, kakitangan PJSC, pesakit dan penjaga dari YASKA Brunei, SMARTER Brunei dan Demensia Brunei.

    Majlis berkenaan mengetengahkan ceramah yang menumpukan kepada peranan penting yang dimainkan oleh penjaga dalam perjalanan pesakit yang berhadapan penyakit yang menyekat nyawa.

    Ceramah bertajuk, Carer Fatigue: Addressing the Needs of Those Who Care, yang disampaikan oleh penceramah motivasi dari Singapura, Mizi Wahid menggariskan pengalaman yang mencabar rohani, jasmani dan emosi yang dialami oleh pengasuh.

    Beliau menyentuh mengenai dengan keletihan yang sering terlepas pandang dan tekanan yang dihadapi oleh penjaga setiap hari, dengan menawarkan strategi penjagaan diri praktikal yang berakar-umbi nilai-nilai Islam.

    Mesej yang disampaikannya memperkasa penjaga untuk mengimbangkan kesejahteraan mereka sambil mengekalkan peranan mereka, menyediakan kekuatan dan tujuan.

    Kempen Hari Penjagaan Paliatif dan Hospis Sedunia 2024 yang membawa tema, Ten Years Since the Resolution: How Are We Doing?, mengetengahkan pentingnya balas kasihan, maruah dan sokongan bukan sahaja bagi pesakit tetapi juga kepada pengasuh.

    Dengan mengenali peranan yang dimainkan oleh penjaga, PJSC bermatlamat untuk memupuk sebuah persekitaran di mana penjaga merasa diharagai, disokong dan dilengkapi dengan peralatan untuk menjaga diri mereka dan orang yang mereka kasihi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda