Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluaran getah asli susut 39.2% kepada 48,889 tan pada April

    KUALA LUMPUR, 14 Jun – Keluaran getah asli Malaysia pada  April 2017 susut 39.2 peratus kepada 48,889 tan berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan. Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata sektor pekebun kecil merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran getah asli dengan sumbangan melebihi 90 peratus.

    Ia juga berkata purata harga bulanan lateks pekat dan Getah Mutu Malaysia 20 ialah 640.69 sen sekilogram dan 719.25 sen sekilogram, turun 12.5 peratus dan 16.7 peratus berbanding Mac 2017.

    Eksport getah asli pada April juga merosot 0.1 peratus kepada 49,437 tan berbanding bulan sebelumnya.

    “Lima destinasi utama eksport getah asli ialah China (49.1 peratus), Jerman (13.3 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (5.0 peratus), dan Amerika Syarikat (4.2 peratus),” kata jabatan itu.

    Sementara itu, penggunaan getah asli tempatan juga merosot enam peratus kepada 39,243 tan berbanding Mac.

    Industri sarung tangan getah kekal sebagai pengguna domestik utama getah asli dengan penggunaan 70 peratus.

    Paras stok getah asli pada akhir April susut  9.7 peratus kepada 231,698 tan berbanding 256,692 tan pada Mac, kata jabatan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda