TOKYO, 30 Mac – Pengeluaran perindustrian Jepun meningkat pada bulan Februari disebabkan pengeluaran kereta dan bahagian auto yang kukuh, kata kerajaan dalam satu laporan pada hari ini.
Menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian, pengeluaran kilang di sini naik 4.1 peratus pada bulan Februari dari sebulan sebelumnya, dengan mencatatkan penurunan sebanyak 6.8 peratus pada bulan Januari.
Indeks pengeluaran di kilang-kilang dan lombong berada pada tahap 103.4 berbanding asas 100 untuk 2010, berdasarkan data yang diselaraskan secara bermusim, data terbaharu kerajaan menunjukkan.

Kementerian dalam laporan awalnya mengekalkan penilaian pengeluaran perindustrian di Jepun, dengan mengatakan bahawa pengeluaran “bergerak secara perlahan-lahan”.
Indeks penghantaran industri meningkat 2.2 peratus kepada 100.4, sementara inventori naik 0.9 peratus kepada 109.9, data kerajaan menunjukkan.
kementerian itu berkata pengeluar yang ditinjau menjangkakan pengeluaran meningkat 0.9 peratus pada Mac dan 5.2 peratus pada bulan April. – Xinhua