Keluaran industri Jerman merosot hampir 18 peratus

BERLIN, 8 JUN – Keluaran industri Jerman merosot 17.9 peratus pada April berbanding Mac apabila pandemik koronavirus menutup ekonomi terbesar Eropah, menurut data rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Selepas mencatat kemerosotan 8.9 peratus pada Mac, keluaran industri mengalami ‘kemerosotan terbesar sejak data pertama dicatat pada Januari 1991,” kata agensi statistik Destatis.

Berbanding dengan April 2019, keluaran industri merosot 25.3 peratus.

Keputusan pada bulan April adalah lebih teruk daripada kemerosotan purata 16 peratus yang dijangka oleh penganalisis.

Berdasarkan kategori, alat mesin pada April merosot 35.3 peratus pada bulan itu, barangan segera merosot 13.8 peratus dan barangan pengguna merosot 8.7 peratus.

Industri kereta juga melihat keluaran meleset 74.6 peratus tetapi pembinaan mencatat keputusan lebih baik, dengan kemerosotan 4.1 peratus sahaja.

Pandemik koronavirus telah mencetuskan gangguan ekonomi besar di seluruh dunia tetapi Jerman telah mengendalinya dengan lebih baik berbanding negara jiran, dengan jumlah keluaran ekonomi merosot 2.2 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini. – AFP