TOKYO, 28 FEB – Keluaran perindustrian Jepun susut 4.6 peratus daripada bulan sebelumnya pada Januari, menandakan penurunan pertama dalam tiga bulan, kata kerajaan dalam laporan hari ini.
Menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, penurunan terbaharu itu berlaku berikutan peningkatan 0.3 peratus yang disemak semula pada bulan Disember.
Kementerian itu berkata dalam laporan awalnya bahawa indeks pengeluaran pelarasan musim di kilang dan lombong berada pada 91.4 berbanding asas 100 pada 2015.
Data menunjukkan bahawa indeks penghantaran industri susut 3.1 peratus kepada 89.7, menandakan penurunan bulan kelima berturut-turut.
Sementara itu, inventori turun untuk bulan kedua berturut-turut dalam tempoh rakaman, merosot 0.9 peratus kepada 102.3, kata kementerian itu.
Kementerian itu berkata memandang ke hadapan ia menjangkakan pengeluaran perindustrian di sini meningkat 0.7 peratus pada Mac, dengan angka itu berdasarkan tinjauannya terhadap pengeluar Jepun. – Xinhua